Pages

Monday, September 5, 2011

Warkah Buat Umi Nur Safiyya Amani

Dengan nama Allah ku mulakan bicara, menyusun bicara, merungkai sebak di dada, meringankan berat di kepala...






















Warkah buat sayangku Umi kepada Nur Safiyya Amani,

Umi Nur Safiyya Amani,

Baru semalam kita berpisah, tetapi hati ini terlalu merindui Umi dan Safiyya. Seminggu bersama bagaikan hanya sesaat cuma. Sebak di dada teringatkan Umi dan Safiyya. Terasa begitu panjang untuk abang habiskan masa yang berlalu tanpa kalian di sisi. Sayu hati mengenangkan hubungan kita yang dekat tetapi jauh pada tempat. Hanya telefon dan video ringkas menjadi pengubat.

Bisikan di telinga membibitkan rasa geram dan marah. Mengapa begitu lama? Mengapa mereka tidak memahami? Mengapa mereka buat tidak kesah? Mengapa?? Hati menyampuk dengan iringan istighfar kepada 'Azza Wa Jall. Qada' dan Qadar itulah ketetapan Allah swt. Ujian Allah buat hamba-hambaNya yang terpilih. Natijah kepada sabar adalah bahagia.

Dengan itu, hati abang agak tenang dalam sayu. Sayu mengenangkan Umi Nur Safiyya Amani yang seorang diri di sana. Perlu berlagak kuat demi membahagiakan Nur Safiyya Amani. Terpaksa bersenyum di dalam kesedihan. Bermuka manis disebalik kepahitan. Cekalkan hati menggalas tanggungjawab dan amanah daripada Ilahi. 

Umi Nur Safiyya Amani,

Seandainya Allah mengizinkan, tak akan abang biarkan Umi bersendirian di sana. Pasti akan ku hulurkan tangan meringankan beban. Merendahkan bahu menjadi tempat sandaran. Manisnya bila kita bertiga bersama. Mengharungi suka dan duka dalam kehidupan. Bergerak ke mana berpaut tangan, berhadapan bila berbicara lisan.

Umi Nur Safiyya Amani yang dicintai,


Kelu lidah abang bila Umi cakap Umi sudah tidak kuat untuk uruskan semuanya sendirian. Tangisan Umi sangat menghibakan hati abang. Terasa bagai ingin sepantas kilat ke sana menemankan Umi dan Safiyya. Namun, seperti biasa, si suami perlu berlagak kuat untuk memberi dorongan buat si isteri. Pada hakikatnya, hanya Allah swt mengetahui semuanya. Mudahnya abang meminta Umi bersabar. Lima hari Umi menjadi ayah dan ibu Safiyya menguruskan urusan rumah sendirian. Sedangkan abang cuma di hujung minggu pergi meneman.

Umi Nur Safiyya Amani,


Demi Allah swt, abang akan menjadi saksi di hadapan Allah Azza Wa Jalla, betapa Umi seorang ibu dan isteri yang terbaik buat abang. Kecekalan, ketabahan, kesabaran dan kesungguhan Umi membuatkan abang begitu kerdil dalam pengorbanan rumah tangga. Apa yang abang sering doakan, semoga Allah swt mengizinkan kekuatan Umi tidak akan pernah luntur, kecekalan Umi tidak akan pernah padam, dan tubuh badan yang sihat sepanjang berjuang di sana. Sejuta kemaafan buat Umi Nur Safiyya Amani kerana tidak dapat berkongsi beban di sana. Mungkin hanya sedikit yang telah ditunaikan, tetapi banyak yang Umi laksanakan.

Umi Nur Safiyya Amani,


Sama-samalah kita berdoa kepada Allah swt Tuhan Pemilik segala hati, agar melembutkan hati insan-insan yang berkenaan supaya permohonan kita dapat diluluskan. Semoga apa yang Allah swt aturkan kepada kita sekeluarga mempunyai hikmah kebaikan untuk dunia dan akhirat. Kita dapat merancang, namun Allah swt jualah Sebaik-baik Perancang.

Amin Ya Rabbal 'Alamin


4 comments:

  1. Alala.. Sian depa. I'allah.. Ada rezeki, kalian xkn dok jauh lg.. Umi safiya seorg isteri n umi yg baik dan tabah..

    ReplyDelete
  2. cedehnye bace..Ya Allah, Kau beri la kekuatan kepada insan2 yg amt kusayangi ini..mudah2an mereka tabah menghadapi dugaanMu yaAllah..abg syuk kena kuat ye..wani tahu k.cik seorg yg tabah n kuat..insyaAllah k.cik akn bertahan selagi abg syuk setia menjadi pendaping n pemberi semangat kpd dia..bykkan berdoa ye..insyaAllah semuanya akn berjalan dengan lncar.Allah itu Maha Mendengar =)~wani nazri~

    ReplyDelete
  3. semoga Allah memberikan berjuta kekuatan untuk umi n ayah safiyya dalam menghadapi liku2 kehidupan ini.. i.Allah.. ketabahan dan kesabaran yang ditanggung sekarang akan menghasilkan kabahagian dan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah Taala suatu hari nnt...

    ReplyDelete